Rabu, 21 September 2011

Sejarah Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz



             Pada masa sebelum Perang Dunia Kedua dan di mana-mana masa awal sebelum perang, beberapa buah sekolah Inggeris telah wujud di Bandar Teluk Anson ( nama sebelum Teluk Intan ). Wujudnya sekolah Inggeris ini merupakan hasil usaha penjajah yang mendapat sokongan daripada orang tempatan. Dengan itu timbullah kesedaran di kalangan ibu bapa melayu untuk mewujudkan sebuah sekolah Inggeris di mana anak-anak  mereka pula dapat belajar dengan bebas,tanpa paksaan dalam mempelajari matapelajaran yang pada masa itu sedikit sebanyak mempunyai pengaruh unsur-unsur agama kristian.

           Pada bulan Februari 1952,sebuah sekolah Inggeris kerajaan telah ditubuhkan.Kelas ini dikenali sebagai Special Malay Class1 (Kelas Khas Murid Melayu1).Kelas ini mengandungi 33 orang murid dan 2 orang  guru.Di antara 33 murid tersebut,6 orang murid sahaja yang dapat membayar yuran sekolah manakala yang lainya diberi tempat percuma.Semua mereka terdiri daripada murid melayuyang telah tamat darjah 4 di sekolah melayu.Kelas ini ditempatkan di sebuah bangunanyang buruk iaitu sebuah bangunan yang telah dikosongkan oleh anggota-anggota Sukarelawan Malaya (The Malayan Voluntary Infantary)dan terletak di jalan Kekabu(Wharf) berdekatan  dengan rumah kedai Pintu Sepuluh.Sekolah ini dikenali dengan nama TheGoverment English School(G.E.S) Teluk Anson.Guru Besar pertama ialah Encik Cung Shin Yee yang telah  bertukar dari sekolah Sultan Yusof ,Batu gajah . Sebahagian daripada bangunan sekolah ini digunakan sebagai asrama untuk murid-murid melayu yang bukan sahaja dari sekolah ini tetapi juga untuk murid-murid  melayu yang belajar di sekolah-sekolah Inggeris yang lain di sekitar Teluk Anson.Selain menjadi Guru Besar,Encik Chung Shin Yee juga memainkan peranan sebagai Guru Pengawas Asrama .Apabila beliau bertukar ke Ipoh,tenpat beliau digantikan oleh Encik Siew kum Karm.
          Pada tahun 1953-1954,jumlah kelas di sekolah ini hanya 4buah sahaja .Bangunan baru juga telah didirikan dan masih digunakan sebagai sekolah  dan asrama.Encik Siew ku Karmkemudian ditukarkan dan digantikan dengan Encik Kamaruddin b Ali .Pada tahun 1995 bilangan kelas telah bertambah kepada 6 buah dan Tuan Haji Ismail b  Sutan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sekolah ini.Beliau telah memohon dari Tuan Ketua Pegawai Pelajaran Negeri Perak untuk mendapatkan sebuah  bangunan bagi menamung  jumlah murid yang  semakin meningkat dari tahun ke tahun.Pada tahun1957,Jabatan Pelajaran Perak diperuntukan sebagai tapak sekolah kerajaan yang pertama di Daerah Hilir Perak.
         Pembinaan sekolah telah bermula pada bulan Disember 1958 dan pada bulan Januari 1959 sebuah sekolah yang dilengkapi dengan 21 buah kelas dan 2 buah makmal telah siap dibina. Dengan  ini terdirilah sebuah sekolah kerajaan yang pertama di Daerah Hilir Perak.Pentadbiran bahagian rendah dan menengah di bawah kelolaan Tuan Haji Ismail b Sutan .Terdapat 9 buah kelas bahagian rendah dengan226 orang murid dan 6 buah kelas  bahagian menengah  dengan 228 orang murid .
   
         Tuan Haji Ismail  b Sutan bersara pada  bulan  Oktober 1960 dan digantikan  dengan Encik Tan Pee Teik  juga seorang guru Latihan Normal Inggeris.Sebelum itu beliau bertugas di The Goverment English School,Tapah.Di bawah Encik Tan Pee Teik pada tahun 1961, kelas-kelas Melayu Medium telah wujud sebagai satu corak persekolahan G.E.S,Teluk Intan .Beliau terpaksa mentadbir tiga corak   
aliran dalam satu sekolah .Pertama sekolah rendah yang mempunyai 378 murid .Kedua ,6 kelas sekolah menengahdengan murid seramai 240 orang dan ketiga ,7 kelas Malay ditukarkan ke g.e.s. bagan Serai pada tahun1962 .
        Pada tahun 1962 adalah tahun bersejarah bagi The Goverment English School, Teluk Anson. Pada tahun inilah namaG.E.S Teluk Anson telah ditukar dengan rasminya kerpada nama baru iaitu SRJK (1) Sultan Abdul Aziz dan diasingkan menjadi dua buah.Sebuah sekolah rendah yang diterajui oleh Encik Hari Singh juga seorang guru latihan normal inggeris dari Grik dan sekolah menengah pula diterajui oleh  Encik Soh Kai Choo seorang Pegawai Pelajaran Lulusan Universiti Malaya.Walaubagaimanapun,dengan meningkatnya bilangan murid setiap tahun, SRJK(1) Sultan Abdul Aziz tidak dapat menampung keperluan tersebut.Murid-Murid sekolah ini terpaksa menumpang di SRKJ (C) Chong Min untuk belajar sehingga tahun 1970.
         Tahun 1970,2 buah bangunan 2 tingkat siap dibina di kawasan perumahan Taman Seri Setia,Jalan Padang Tembak dan SRK Sultan Abdul Aziz telah berpindah ke sekolah baru dengan murid seramai 1,354 orang.Tempat En. Hari Singh pula diambil oleh Encik A.Shivram Sharma.Encik A.Shivram Sharma kemudian bersara pada bulan Mei 1979.Tempat beliau digantikan oleh Encik Ismail b Haji Yusoff,,PJK.Encik Ismail b Haji Yusoff merupakan seorang guru besar yang tegas dan penuh berdisiplin.Beberapa perubahan dari segi disiplin murid dapat diperbaiki sehingga ke satu tahap yang amat membanngakan.Beliau bersara pada bulan April 1987. 
          Tempat beliau telah digantikan oleh Encik Shith b Hijaz,AMP,PPT.Di bawah pentadbiran beliau dengan kerjasama guru-guru dan ibu bapa ,kejayaan dicipta oleh  sekolah ini, baik di bidang kurikulum mahu pun di bidang kokurikulum.Sekarang ini sekolah berbangga dengan adanya beberapa buah bangunan seperti asrama desa,bangunan tambahan,surau,rumah persatuan, pavilion,bilik sukan dan pusat sumberyang lebih selesa dan hampir lengkap untuk kegunaan murid-murid dan dan guru-gurunya.Encik Shith b Hijaz kemudian bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah sebagai Penyelia Pendidikan Daerah(menengah) pada 16.9.1991 dan tempat beliau pula diganti oleh Tuan Haji Abdul Rashid b Wook Ghazali dari SM DATO'Abdul Wahab ,Sungai Siput.Pada 16.9.1992 beliau ditukarkan ke SK Dato' Sagor ,Kanpung Gajah dan tempat beliau diganti oleh Encik Shafie b Abdullah dari SK Tun DR.Ismail ,Padang Rengas.
         Sepanjang 6 tahun  berada di sini ,beliau telah dapat menaikkan nama sekolah dan juga kokurikulum hingga ke peringkat kebangsaan.Iaitu pada tahun 1997,murid yang mewakili prtandingan bercerita Agama Islam telah menjadi Naib Johan Kebangsaan.Begitu juga di bidang olahraga,beberapa orang murid telah mendapat pingat emas dalam kejohanan MSSM.Pasukan bola sepak telah menjadi Johan Negeri selama tujuh tahun berturut-turut.
         Beliau juga telah berjaya memohon dua buah bangunan baru iaitu asrama desa untuk menempatkan murid lelaki dan perempuan serta blok bangunan kelas untuk menampung bilangan pelajar yang kian dan bilik guru.Pada 16.9.1998,Encik Shafie b Abdullah telah bertukar ke SK Sultan Idris II,Teluk Intan.Tempat beliau telah diganti oleh Encik Saad b Shamshuddin PPN,dari SK Selabak, iaitu guru besar sebelum ini.Beliau mempunyai misi tersendiri iaitu ingin menceriakan persekitaran sekolah di samping meningkatkan prestasi kurikulum.Pencapaian ini telah mula terserlah apabila pada tahun1999,sekolah ini telah menjuarai pertandingan Makmal dan sudut Sains.Semoga kejayaan ini akan lebih baik pada tahun-tahun lalyang akan datang.

        INSYA 'ALLAH'.
                                  

1 ulasan:

  1. http://saati7579.blogspot.my/2015/11/standard-1-gambar-paling-muda.html

    http://saati7579.blogspot.my/
    Blog Bekas Penuntut SMK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan tahun 1975-1979. Tahun Lahir sekitar 1962. [Alumni of Sultan Abdul Aziz Secondary School Teluk Intan - Student 1975-1979. Born 1962]

    BalasPadam