Selasa, 27 September 2011

Power Point SKSAA

Power Point sekolah yang di tayangkan di atas adalah berkenaan tentang sekolah SKSAA

Isnin, 26 September 2011

Sambutan Hari Guru SKSAA


















Hari Guru yang berlangsung di dewan sekolah dengan meriah pada 16 MEI 2011.
Murid-murid begitu gembira dengan sambutan yang diadakan.Guru-guru disambut dengan meriah 
oleh murid SKSAA. 

Ahad, 25 September 2011

GAMBAR HARI RAYA SKSAA





Gambar sempena Sambutan Hari Raya SKSAA yang diadakan pada 23-9-2011.

Rabu, 21 September 2011

Carta Organisasi UBK SKSAA

Pengerusi
EN. MOHAMMAD NORDIN B. MOHAMMAD AMIN, PPN
( GURU BESAR )

Timbalan Pengerusi
PN. ZANARIAH BT. ABU BAKAR
( PK. HAL EHWAL MURID )

 

Cuti Dan Hari Persekolahan

Hari Persekolahan...(Mula)03.01.2011...(Akhir)31.01.2011(Hari)21
Hari Persekolahan...(Mula)01.02.2011...(Akhir)28.02.2011(Hari)20
Hari Persekolahan...(Mula)01.03.2011...(Akhir)11.03.2011(Hari)9
Cuti Pertengahan Penggal...(Mula)12.03.2011(Akhir)20.03.2011(Hari)9

Hari Persekolahan(Mula)21.03.2011...(Akhir)31.03.2011(Hari)9
Hari Persekolahan(Mula)01.04.2011...(Akhir)30.04.2011(Hari)21
Hari Persekolahan(Mula)01.05.2011...(Akhir)27.05.2011(Hari)20
Cuti Pertengahan Tahun(Mula)28.05.2011...(Akhir)12.06..2011(Hari)16

Hari Persekolahan(Mula)13.06.2011...(Akhir)30.06.2011(Hari)14
Hari Persekolahan(Mula)01.07.2011...(Akhir)31.07.2011(Hari)21
Hari Persekolahan(Mula)01.08.2011...(Akhir)26.08.2011(Hari)20
Cuti Pertengahan Penggal Ke 2(Mula)27.08.2011...(Akhir)04.09.2011(Hari)9

Hari Persekolahan(Mula)05.09.2011...(Akhir)30.09.2011(Hari)20
Hari Persekolahan(Mula)01.10.2011...(Akhir)31.10.2011(Hari)21
Hari Persekolahan(Mula)01.11.2011...(Akhir)18.11.2011(Hari)14

Cuti Akhir TAHUN  .. (Mula)19.11.2011...(Akhir)01.01.2012

CADANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI TAHUN 2011

  • Bimbingan Individu dan Kelompok
  • Minggu Suaikenal
  • Bimbingan Kemahiran Generik
  • Taklimat keselamatan diri semua di sekolah,jalanraya dan di rumah
  • Kaunseling berfokus(JPN)
  • Ceramah dan bimbingan mengatasi masalah ponteng
  • Kursus Kepimpinan
  • Bimbingan Pengurusan Diri
  • Program Motivasi Murid tahun 6
  • Seminar Keibubapaan
  • Pertandingan Kerjaya
  • Kempen Anti Dadah
  • Bimbingan Penampilan  Diri Seorang Pelajar 
  • Bimbingan Teknik menjawab Soalan Peperiksaan UPSR
  • Ceramah Bahaya Merokok /Dadah 
  • Remaja dan Cabaran Masa Kini 
  • Mengenal potensi Diri
  • Minggu sekolah Selamat 
  • Lawatan Sambil Belajar
  • Pemilihan Sekolah Menengah Untuk Murid Tahun 6
  • Aktiviti Selepas UPSR  

MOTO PERKHIDMATAN

Infofmasi
Kecemerlangan
Kesejahteraan

APA ITU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Ialah perkhidmatan yang disediakan khusus secara percuma untuk membantu murid-murid.
Dan warga sekolah yang mengalami
Kekeliruan dalam proses pertumbuhan
Dan peerkembangan individu itu dalam
Mencapai matlamat hidup dengan jayanya.

Sesi bimbingan beroperasi dalam waktu
Persekolahan mulai 7.30 pagi hingga 1.00 petang
Perkhidmatan ini tidak dijalankan di luar
Waktu persekolahan kecuali dalam kes-kes
Krisis yang tidak dapat dielakkan 

Sejarah Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz



             Pada masa sebelum Perang Dunia Kedua dan di mana-mana masa awal sebelum perang, beberapa buah sekolah Inggeris telah wujud di Bandar Teluk Anson ( nama sebelum Teluk Intan ). Wujudnya sekolah Inggeris ini merupakan hasil usaha penjajah yang mendapat sokongan daripada orang tempatan. Dengan itu timbullah kesedaran di kalangan ibu bapa melayu untuk mewujudkan sebuah sekolah Inggeris di mana anak-anak  mereka pula dapat belajar dengan bebas,tanpa paksaan dalam mempelajari matapelajaran yang pada masa itu sedikit sebanyak mempunyai pengaruh unsur-unsur agama kristian.

           Pada bulan Februari 1952,sebuah sekolah Inggeris kerajaan telah ditubuhkan.Kelas ini dikenali sebagai Special Malay Class1 (Kelas Khas Murid Melayu1).Kelas ini mengandungi 33 orang murid dan 2 orang  guru.Di antara 33 murid tersebut,6 orang murid sahaja yang dapat membayar yuran sekolah manakala yang lainya diberi tempat percuma.Semua mereka terdiri daripada murid melayuyang telah tamat darjah 4 di sekolah melayu.Kelas ini ditempatkan di sebuah bangunanyang buruk iaitu sebuah bangunan yang telah dikosongkan oleh anggota-anggota Sukarelawan Malaya (The Malayan Voluntary Infantary)dan terletak di jalan Kekabu(Wharf) berdekatan  dengan rumah kedai Pintu Sepuluh.Sekolah ini dikenali dengan nama TheGoverment English School(G.E.S) Teluk Anson.Guru Besar pertama ialah Encik Cung Shin Yee yang telah  bertukar dari sekolah Sultan Yusof ,Batu gajah . Sebahagian daripada bangunan sekolah ini digunakan sebagai asrama untuk murid-murid melayu yang bukan sahaja dari sekolah ini tetapi juga untuk murid-murid  melayu yang belajar di sekolah-sekolah Inggeris yang lain di sekitar Teluk Anson.Selain menjadi Guru Besar,Encik Chung Shin Yee juga memainkan peranan sebagai Guru Pengawas Asrama .Apabila beliau bertukar ke Ipoh,tenpat beliau digantikan oleh Encik Siew kum Karm.
          Pada tahun 1953-1954,jumlah kelas di sekolah ini hanya 4buah sahaja .Bangunan baru juga telah didirikan dan masih digunakan sebagai sekolah  dan asrama.Encik Siew ku Karmkemudian ditukarkan dan digantikan dengan Encik Kamaruddin b Ali .Pada tahun 1995 bilangan kelas telah bertambah kepada 6 buah dan Tuan Haji Ismail b  Sutan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sekolah ini.Beliau telah memohon dari Tuan Ketua Pegawai Pelajaran Negeri Perak untuk mendapatkan sebuah  bangunan bagi menamung  jumlah murid yang  semakin meningkat dari tahun ke tahun.Pada tahun1957,Jabatan Pelajaran Perak diperuntukan sebagai tapak sekolah kerajaan yang pertama di Daerah Hilir Perak.
         Pembinaan sekolah telah bermula pada bulan Disember 1958 dan pada bulan Januari 1959 sebuah sekolah yang dilengkapi dengan 21 buah kelas dan 2 buah makmal telah siap dibina. Dengan  ini terdirilah sebuah sekolah kerajaan yang pertama di Daerah Hilir Perak.Pentadbiran bahagian rendah dan menengah di bawah kelolaan Tuan Haji Ismail b Sutan .Terdapat 9 buah kelas bahagian rendah dengan226 orang murid dan 6 buah kelas  bahagian menengah  dengan 228 orang murid .
   
         Tuan Haji Ismail  b Sutan bersara pada  bulan  Oktober 1960 dan digantikan  dengan Encik Tan Pee Teik  juga seorang guru Latihan Normal Inggeris.Sebelum itu beliau bertugas di The Goverment English School,Tapah.Di bawah Encik Tan Pee Teik pada tahun 1961, kelas-kelas Melayu Medium telah wujud sebagai satu corak persekolahan G.E.S,Teluk Intan .Beliau terpaksa mentadbir tiga corak   
aliran dalam satu sekolah .Pertama sekolah rendah yang mempunyai 378 murid .Kedua ,6 kelas sekolah menengahdengan murid seramai 240 orang dan ketiga ,7 kelas Malay ditukarkan ke g.e.s. bagan Serai pada tahun1962 .
        Pada tahun 1962 adalah tahun bersejarah bagi The Goverment English School, Teluk Anson. Pada tahun inilah namaG.E.S Teluk Anson telah ditukar dengan rasminya kerpada nama baru iaitu SRJK (1) Sultan Abdul Aziz dan diasingkan menjadi dua buah.Sebuah sekolah rendah yang diterajui oleh Encik Hari Singh juga seorang guru latihan normal inggeris dari Grik dan sekolah menengah pula diterajui oleh  Encik Soh Kai Choo seorang Pegawai Pelajaran Lulusan Universiti Malaya.Walaubagaimanapun,dengan meningkatnya bilangan murid setiap tahun, SRJK(1) Sultan Abdul Aziz tidak dapat menampung keperluan tersebut.Murid-Murid sekolah ini terpaksa menumpang di SRKJ (C) Chong Min untuk belajar sehingga tahun 1970.
         Tahun 1970,2 buah bangunan 2 tingkat siap dibina di kawasan perumahan Taman Seri Setia,Jalan Padang Tembak dan SRK Sultan Abdul Aziz telah berpindah ke sekolah baru dengan murid seramai 1,354 orang.Tempat En. Hari Singh pula diambil oleh Encik A.Shivram Sharma.Encik A.Shivram Sharma kemudian bersara pada bulan Mei 1979.Tempat beliau digantikan oleh Encik Ismail b Haji Yusoff,,PJK.Encik Ismail b Haji Yusoff merupakan seorang guru besar yang tegas dan penuh berdisiplin.Beberapa perubahan dari segi disiplin murid dapat diperbaiki sehingga ke satu tahap yang amat membanngakan.Beliau bersara pada bulan April 1987. 
          Tempat beliau telah digantikan oleh Encik Shith b Hijaz,AMP,PPT.Di bawah pentadbiran beliau dengan kerjasama guru-guru dan ibu bapa ,kejayaan dicipta oleh  sekolah ini, baik di bidang kurikulum mahu pun di bidang kokurikulum.Sekarang ini sekolah berbangga dengan adanya beberapa buah bangunan seperti asrama desa,bangunan tambahan,surau,rumah persatuan, pavilion,bilik sukan dan pusat sumberyang lebih selesa dan hampir lengkap untuk kegunaan murid-murid dan dan guru-gurunya.Encik Shith b Hijaz kemudian bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah sebagai Penyelia Pendidikan Daerah(menengah) pada 16.9.1991 dan tempat beliau pula diganti oleh Tuan Haji Abdul Rashid b Wook Ghazali dari SM DATO'Abdul Wahab ,Sungai Siput.Pada 16.9.1992 beliau ditukarkan ke SK Dato' Sagor ,Kanpung Gajah dan tempat beliau diganti oleh Encik Shafie b Abdullah dari SK Tun DR.Ismail ,Padang Rengas.
         Sepanjang 6 tahun  berada di sini ,beliau telah dapat menaikkan nama sekolah dan juga kokurikulum hingga ke peringkat kebangsaan.Iaitu pada tahun 1997,murid yang mewakili prtandingan bercerita Agama Islam telah menjadi Naib Johan Kebangsaan.Begitu juga di bidang olahraga,beberapa orang murid telah mendapat pingat emas dalam kejohanan MSSM.Pasukan bola sepak telah menjadi Johan Negeri selama tujuh tahun berturut-turut.
         Beliau juga telah berjaya memohon dua buah bangunan baru iaitu asrama desa untuk menempatkan murid lelaki dan perempuan serta blok bangunan kelas untuk menampung bilangan pelajar yang kian dan bilik guru.Pada 16.9.1998,Encik Shafie b Abdullah telah bertukar ke SK Sultan Idris II,Teluk Intan.Tempat beliau telah diganti oleh Encik Saad b Shamshuddin PPN,dari SK Selabak, iaitu guru besar sebelum ini.Beliau mempunyai misi tersendiri iaitu ingin menceriakan persekitaran sekolah di samping meningkatkan prestasi kurikulum.Pencapaian ini telah mula terserlah apabila pada tahun1999,sekolah ini telah menjuarai pertandingan Makmal dan sudut Sains.Semoga kejayaan ini akan lebih baik pada tahun-tahun lalyang akan datang.

        INSYA 'ALLAH'.
                                  

Selasa, 20 September 2011

Profil guru bimbingan dan kaunseling SKSAA


Nama              : Zawiah binti Saari
Tarikh Lahir     :  17/03/1979
Berasal dari Kelantan dan menetap di Teluk Intan Perak.
Mendapat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia, P.Pinang pada tahun 99 - 02
Mendapat Diploma Perguruan daripada program KPLI (Bimbingan & Kuunseling) di Institut Perguruan Kota Bharu pada tahun 07 - 08
Mula menyandang sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling pada bulan Mei 2011

MUTIARA KATA


  • Mempelajari Bagaimana Untuk Berfikir Adalah Arah Mempelajari Untuk Hidup
  • Tetapkan matlamat jangka masa panjang untuk membentuk imej diritetapkan matlamat jangka masa pendek untuk mencapai objektif jangka masa panjang
  • sekiranya anda ingin berjaya tetapkan matlamat besar dan berani mendapatkannya
  • harapan dan kebenaran umpama dua butir berlian yang bersinar diatas tahta diri
  • kebanyakan manusia GAGAL dalam hidup bukan kerana mereka tidak mampu menghadapi dan mengatasi cabaran terapi disebabkan manusia itu sendiri takut dan lari daripada menghadapi cabaran
  • tujuh sikap yang melemahkan diri anda ialah tidak berfikir,tidak ambil peduli,menganggap diri terlalu sibuk,mengandaikan diri boleh hidup sendiri,tidak punya masa untuk membaca dan mencari ilmu dan tidak berminat
  • orang lain boleh aku pun boleh.mungkin aku tidak segagah mereka tetapi aku tidaklah selemah yang  disangka.Dunia bersifat sementara maka kebahagian yang dikandungnya juga sementara sebaliknya Akhirat bersifat abadi maka kebahagian yang dikandungnya juga abadi
  • kegagalan hanya satu persimpangan dan bukannya mati
  • Orang tanpa matlamat hidup ibarat sabut di tengah lautan yang bergelora terunbang-ambing tanpa arah tujuannya.jika untung akan terus timbul,jika malang akan tenggelam
  • Matlamat yang tepat diibaratkan seperti satu daya  yang akan memimpi dan mengawal pejalanan anda ke arah impian yang hendak dicapai
  • Matlamat adalah pedoman ke arah kejayaan
  • Jangan putuss asa jika otak tumpul dan kurang cerdas kerana ada berjaya daripada mereka yang otak cerdastetapi malas 
  • Anda tidak lemas kerana terjatuh dalam air yang dalam tetapi akan lemas jika terus berada didalamnya
  • Ada dua orang yang sering GAGAL  dalam hidup  iaitu orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apabila disuruh

MISI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan   berkesan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik. 
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid
.

VISI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.